Monday, 27 June 2016

Jahitan Putus? lompat-lompat? kedut-kedut?..

Assalamualaikum w.b.t  
dan selamat sejahtera kepada semua sahabat .

Hari ni nak kupaskan sedikit berkaitan dengan jahitan bawah atau atas yang selalu putus-putus atau lompat-lompat..hihihihi  :)

- kes benang putus lah ye : ) -


Saya pun alami masalah yang sama.. walhal dah 2 tahun guna mesin okay je..
kunun2 dah expert la sebab jahitan elok kemas. :P

Dah bertahun tengah sedap-sedap je kaki menekan mesin..tup putus
hmm.. xde hal, potong elok-elok, tetas mana patut jahit balik..xsmpi 2 saat, benang terkeluar dari jarum, putus lagi.. gagahkan diri masukkan balik benang dlm jarum, tekan slow je control speed'
tadaaaa... putus lagi... masih berdegil, teruskan walaupun putus setiap 2 saat...kikikiki
dengan harapan dia betul seperti sedia kala...erkk stillputus

kes kedua.... cuba tabahkan hati.. relaks je... kunun boleh handle hal putus2 ni..
pastu tengok hasil jahitan okay je..bila tengok jahitan bawah je
:(   huhuhuhu Instighfar banyak2 ye... ada jahitan yang putus2, kejap besar kejap kecik garisan jahitan tu ye..lepas tu ada yg bersimpul - simpul dan bertindih-tindih

Selepas gagah membuah rujukan .. okay jom share sikit dari tinjauan google / blog / facebook dari senior-senior yang dah berpengalaman. Selepas mengikuti pelbagai nasihat, Alhamdulillah akhirnya masalah saya selesai..nak berkongsi moga-moga sahabat yang punya masalah yang sama dapat di selesaikan tanpa pergi ke kedai atau panggil technician

First skali, saya buka dulu bobbin @ gelendung bawah ni tgk okay ke tak..
kadang2 gulungan ni tak okay, serabut..kedut... kenapa?
gulung tangan ke?..
tak semestinya,kadang2 kita roll dengan mesin juga, tapi pelaras atau kedudukan benang tu tak betul, jadi gulungan tu x cantik...
dah check ni clear

Haa...  kalau gulungan bobbin atas tu tak elok..silalah betulkan, pelarasnya dan kedudukan benangnya supaya boleh gulung sekata dan cantik

Seterusnya check balik Jarun dan kedudukannya... kot2 kita tak perasan kedudukan jarum tu terbalik
atau pun senget.. atau jarum bengkok ... jadi check dan betulkan,.. guna screw driver kecik ye klu nak buka.. hihihihi ) adjust ngam dan ketatkan semula atau ganti jarum baru andainya jarum bengkok

Settle part Jarum,buka bahagian bawah ni.. xsusah mana..tolak je..berat sikit..sy guna ni mesin jahit Industry brand Singer. ..segala benang2 yang melekat dlm kotak ni termasukkan sisa habuk.. hihihi bersihlah kan..

pastikan dekat tempat letak bobbin dan sekoci ni xde benang-benang yang tersangkut
kalau ada, sila buangkan.. takut bersimpul-simpul dekat dalam tu

Okay, dah settle hal-hal dalaman tu,jom tengok cik sekoci ni.. selalunya kalau kita masukkan bobbin@gelendung dalam sekoci ni, bila kita tarik benang dia agak berat@ketat.. cuba check kalau-kalau loose.. Jangan main ketatkan aje.. Masukkan benang macam biasa ikut alurnya tu lepas tu adjust bagi ngam..guna screw driver kecik,laraskan . boleh nmpk kn pelaras sekoci yg bulat dkt tepi ni, sambil laraskn sambil adjust benang

okay, dah settle hal sekoci dan pelarasannya, masukkan balik dalam tempatnya di bawah yang dah di bersihkan. Kemudian kita pergi benang atas.. masukkan mcm biasa mengikut alur yang betul ye
sampai ke jarum... okay jangan lupa untuk adjust pelaras mengikut kesesuaian benang
kalau ketat sangat putus lah benang, kalau longgar, jahitan tak kemas
Dah adjust pelaras dengan betul, dan bawa keluar benang di bawah
cuba tarik, pastikan dua-dua benang tu okay xketat sangat
dan selamat menjahit seperti biasa

Ni mesin jahit saya,sahabat semua mungkin menggunakan mesin jahit berbeza dan brand yang berbeza, jadi kedudukan nya tidak sama. Jadinya boleh lah tengok kedudukan bobbin, sekoci, jarum dan pelaras yang bersesuaian dengan model mesin jahit masing-masing

gambar atas ni mesin jahit industry -Singer

No comments:

Post a Comment